الجمعة، 14 يونيو 2013


اللغة العربية في الصفحة الخامسة



Memahami bahasa dan budaya Arab
melalui peribahasa Arab 



Topik 101 : Bermusafir itu Azab


السفر (as-safar) : pengembaraan

قطعة (qit'ah) : sepotong

من (min) : daripada

العذاب (al-azab) : penyeksaan

PENERANGAN

Banyak dugaan ketiga belayar dan mengembara. Zaman dulu, mereka mengembara menunggang unta. Perjalanan sampai berbulan-bulan. Berjauhan daripada orang tersayang dan tanahair cukup menyeksakan. Ditambah lagi dengan layanan di negara orang dan banyak lagi kesusahan. Jadi, mengembara adalah sebahagian daripada azab yang menyeksakan.

Topik 100: Jadi Buah Mulut


سارت (sarat) : berjalan

به (bi-hi) : dengannya

الركبان (ar-rukban) : para penunggang

PENERANGAN

Biasanya, para musafir arab yang berjalan di padang pasir, akan berbual sesama mereka sambil merentasi perjalan yang jauh. Ini bagi menghilangkan bosan dan menghilangkan penat. Jika sesuatu perkara itu sering menjadi bahan bualan mereka, bermakna perkara tersebut akan tersebar dan terkenal. Kerana mereka juga akan membawa perkara itu ke tempat jauh yang mereka tuju. Jadi perkara yang menjadi 'buah mulut' seperti ini akan sebut: سارت به الركبان

Topik 099: Percakapan Berkait-Berkaitan


الحديث (al-hadith) :perbualan

ذو (zu) :mempunyai

شجون (syujun) : perkaitan

PENERANGAN
Bila orang bertanya kita pasal satu-satu perkara, dan perkara itu terlalu banyak benda berkaitan yang perlu diterangkan, maka kita "panjang ceritanya". dalam bahasa Arab mereka kata الحديث ذو شجون. Bermakna, percakapan berkenaan berkait-kait dan menjadi panjang lebar.

Topik 098: Galakkan Bersederhana


خير (khairu) : sebaik-baik

الأمور (al-umur) : perkara / urusan

أوساطها (awsatuha) :yang pertengahannya

PENERANGAN


Terlalu membazir dan berboros adalah perbuatan yang tidak disukai. Terlalu kedekut pun tidak baik juga. Yang sebaik-baknya ialah yang pertengahan. Iaitu tidak terlalu berlebihan dan tidak terlalu berkira dan kedekut. Itu yang sebaik-baiknya.

Topik 097: Ujian Yang Menentukan


عند (inda) : ketika

الامتحان (al-imtihan) : ujian

يكرم (yukramu) : dimuliakan

المرء (al-mar'u) : seseorang

أو (aw): atau

يهان (yuhan) : dihina

PENERANGAN

Manusia sentiasa diuji. Ujian adalah bagi mengetahui keupayaan seseorang. Allah menguji hamba-Nya bagi melihat tahap keimanan dan ketaqwaan. Murid diuji guru bagi melihat setakat mana dia memahami apa yang diajar. Keputusan ujian menentukan samada dia disanjung kerana keupayaannya atau dihina kerana kegagalannya. Keindahan peribahasa ini ialah kesamaan bunyi akhir perkataan الامتحان (al-imtihan) dan يهان (yuhan).

Topik 096: Masa itu emas


الوقت (al-waqt): masa

من (min) : daripada

ذهب (zahab) : emas

PENERANGAN

Emas. Logam yang nilainya amat tinggi. Orang yang tahu nilai emas tidak akan membuangnya dengan sia-sia. Antara tanda keadilan Tuhan ialah Dia memberikan "emas" ini secara semata rata kepada manusia, tanpa mengira miskin atau kaya. Kedua-dua diberikan 24 jam satu hari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Tapi si kaya menghargai "emas" sehingga dia menjadi kaya. Si alim dan si jahil juga diberikan "emas" yang sama. Tapi si alim menggunakan emas ini untuk menuntut ilmu dan membaca lalu dia berjaya menukarkan emas itu dengan ilmu.

Topik 095: Indah Khabar Dari Rupa


تسمع (tasma') : awak dengar

ب (bi) : dengan / pasal

المعيدي (al-Muaidiy) : Al-Muaidiy

خير (khairun) : lebih baik

من (min) : daripada

أن (an) : bahawa

تراه (tara-hu): awak melihatnya

PENERANGAN

Al-Muaidiy adalah seorang terkenal. Namanya sebut oleh semua orang kerana kehebatannya. Tertarik dengan apa yang didengar tentang al-Muaidiy ini, seorang lelaki mengembara bagi menemui al-Muaidiy. Apabila bertemu dengan al-Muaidiy, baru dia tahu yang sebenarnya al-Muaidiy itu tidaklah sehebat apa yang didengar. Peribahasa ini sama dengan perbahasa Melayu : indah khabar dari rupa.

Topik 094 : Tidak Kena Mengena


لا (la) : tiada

ناقة (naqata) : unta betina

ولا (wa-la) : dan tiada

جمل (jamal) : unta jantan

PENERANGAN



Unta bagi orang Arab adalah harta yang berfaedah. Di samping menjadi kenderaan padang pasir, ia juga boleh dimakan dagingnya dan dimunim susuya. Jadi, jika satu-satu urusan atau perkara itu tidak berkenaan dan tiada kepentingan bagi mereka, mereka kata لا ناقة لي فيها وجمل "tiada unta betina bagiku dalam perkara itu dan tidak juga unta jantan".

Topik 093 : Tiada Berkelahi


لا (la) : tidak

ينتطح (yantatih) :bertanduk

فيها (fi-ha) : padanya

عنزان (anzan) : dua ekor kambing

PENERANGAN

Sesuatu yang dipertikaikan oleh dua pihak akan membawa kepada pergaduhan. Kalau sesuatu itu dipersetujui ramai dan tiada pihak yang membantah, maka orang Arab kata لا ينتطح فيه العنزان.

Topik 092 : Besi dan besi


إن (inna) : sesungguhnya

الحديد (al-hadid) : besi

ب (bi) : dengan

الحديد (al-hadid) : besi

يفلح (yuflah) : dipecahkan

PENERANGAN

Hanya besi yang dapat menundukkan besi. Besi dengan kayu tidak menjadi. Orang Melayu kata, "buku bertemu ruasnya". Perkataan يفلح (yuflah) bermasuk dipecahkan. Sebab itulah 'petani' dalam bahasa Arab disebut فلاح (fallah) kerana dia memecahkah tanah untuk tanaman.
BAIT-BAIT SYAIR
Di bawah ini ialah beberapa bait syair saya pilih untuk anda
1. KEAIBAN PADA DIRI KITA
Syair Imam Shafei
Kita kerap meyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita, tiada sebarang aib pada zaman kita, kecuali diri kita sendiri.
Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya.. kalau zaman tahu mengatur kata, tentulah ia mencaci kita kembali
Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..sebenarkan kita memperdaya Yang Maha melihat kita
Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya .. sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri


Jagalah suara bila bertutur di malam hari... Lihat sekeliling sebelum berkata di siang hari


Sekiranya datang padamu kutukan terhadapku dari orang yang kurang (akhlaknya dan ilmunya)...

Itulah buktinya bahawa aku ini sebenarnya sempurna tiada kekurangan


Tiada seorangpun yang mengetahui semua ilmu .. Tiada ! sekalipun dia pelajarinya 2 ribu tahun
Ilmu itu ibarat lautan saujana luas terbentang... Ambillah daripada setiap perkara itu apa yang terbaik

Bila anda memungkiri seseorang, awasi lah permusuhannya (terhadapmu) ... Sesiapa menanam pohon duri tiada dapat menuai anggur

Kalau (kemewahan) dunia diperolehi dengan kecerdikan semata-mata .. dan juga akan, sudah tentu akan menduduki pangkat teratas
Tapi rezeki itu adalah pembahagian dan nasib .. kurnian Tuhan dan bukan kerana usaha orang yang mendapatnya

Bilamana seseorang ada akal fikiran .. dalam semua perkara baginya pengajaran

Bukanlah insan bukan juga alim .. orang yang dirinya jahil sejarah
Sesiapa yang arif sejarah orang - orang terdahulu .. sesungguhnya ia telah menambah umur-umur mereka kepada umurnya

Sebaik-baik teman berbual dan lepak-lepak itu ialah buku .. kau bersendirian bersamanya ketika sahabat-sahabatmu menjemuimu
Buku tidak membocorkan rahsia bila kau amanahkannya  .. bahkan diperolehi darinya hikmah dan kebenaran

Tombak- tombak kalau bersama tidak akan dapat dipatahkan  .. Apabila terpisah antara satu sama lain, ia akan patah satu demi satu


Kemiskinan di bumi sendiri adalah keasingan (umpama orang asing).. Berharta di negara asing itulah sebenarnya anak watan (negara itu)
Bumi ini (di mana-manapun) hanya satu ... manusia semuanya adik beradik dan berjiran
12. NILAI ILMU DAN KEDUDUKAN GURU
Ilmu adalahah sebaik apa yang dicapai tangan... begitu besar tangan (jasa) guru ku ke atasku. 
Nyawaku taruhan bagi guruku, kerana dialah jernihnya kehidupanku.
Dialah merawatku daripada penyakit jahil... yang tiada dapat dilakukan oleh doktor yang agong.
Ilmu ibarat rumah dan guru umpama tangga.. dari mana lagi ingim ke rumah kalu tidak melalui yangganya ?
Maka ketahuilah hak seorang guru kerana dengan bantuannya dikau mengenali kebenaran ketika remaja.
Ilmu itu kalau engkau insafi, engkau tiada dapat menyamakannya dengan barangan dunia yang hilang dan lesap.


Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
 dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.
Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
 menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).
Seorang yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni oarang ramai (yang ingin belajar).
Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu.

14. BUKAN SEMUA SAMA
 
" Bukan semua yang putih itu lemak,dan bukan segala yang hitam itu arang !"
- Bait syair Arab -


15. HASIL TANGANKU
Tanganku akan hancur di dalam tahah,
Yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
Doakankeselamatan aku dari azab.

16. PENAKU HITAM DAKWATNYA


حبري أسود فلا تطلبوا مني أن أرسم قوس قزح

"(Penaku) dakwatnya hitam, janganlah pula kau minta aku melukis pelangi.."
- Madah seorang penulis Khat Iraq-
(Maksudnya jangan minta aku lakukan apa yang diluar kemampuan yang aku ada)
17. PEDULIKAN APA YANG BERLAKU
Biarkan hari-hari itu melakukan apa saja,
Bertenaglah bila qada menjatuhkan hukuman,
Jangan tersentak dengan peristiwa duka malam hari,
Peristiwa di dunia ini sebenarnya tidak lama.
(Bait imam syafei)